Wednesday, November 24, 2010

CONTEST KESAYANGANKU

engineer on site : Fazira at Wednesday, November 24, 2010
Reaction: 
assalamualaikum

ni nak cakap pasal cik mimi sebab ada tag aku kat post dia pasal kesayangan. eh bukan aku jadi kesayangan dia. dia tag aku masuk contest kesayanganku blog Journey of Bride-2-Be to 11.11.11 yang buat. hmm lama gak aku bertapa fikir nak tulis pasal apa. yelakan banyak sangat yang aku sayang dalam dunia ni families, friends, boyfriends eh boyfriend je without 's' (ha kca jangan delete i dari Fb u pulak. gurau je ni hehe) ape lagi yang aku sayang ek. aku sayang kucing mak ngah, mak orang, laki orang arghh banyak sangat la. 
nak tulis pasal apa ni. (-___-!!)

tapi sekarang aku tengah teringat kat seseorang. hari ni dia first day SPM. eh x x  aku bukan cakap pasal anak andi lala adik sheila OIAM la. ni pasal adk aku. eh tapi aku sayang dia tak? hmm ada 1 je kan mesti la sayang. aku nak tulis  10 things i hate about you NUBDATUL ATIQAH BINTI ABD KADIR. wah saiko gitu. da bebel panjang baru la nak tulis benda yang related dengan tajuk. apa da busuk punya orang. eh jap tapi contest ni pasal Kesayangan kan. tak pe ke? eh tanya korang bukan korang boleh bagi jawapan sekarang pun kan. tak pela aku balun jela.(harap2 adik aku tak baca la post aku ni.eh die nak baca camne bukak blog aku pun tak pernah.dia buta IT sikit. selamat kot aku tulis pasal dia. dia tak tendang aku kot. bismillah...)

9 things I hate about you

1) I hate the way you come to my family
wey adik! ko ingat tak masa ko lahir dulu? mesti ko tak ingat kan. kalo ko ingat along nak lari dulu.bukan manusia la ko lahir2 da ada memory. masa tu along da 5 tahun kot. 5 tahun aku di tatang bagai minyak yang tertumpah2 tiba2 ko pulak lahir. mak kata nak ada anak tunggal ja. tiba2 ter'eksiden' dapat la ko. da along tak boleh manja2 dah.sejak ko lahir abah da tak dukung along da mak pun da suh along masak lauk makan tengah hari sendiri.haha ok ok aku tipu.yang pasti semua sibuk nak layan ko dukung ko basuh berak ko. semua rebut2 nak buat.tak paham.

2) I hate when you cry
wey adik! ko ingat tak dulu ko nangis dasat gila. bergegar satu kuala kangsar. nangis saja tak pela normal ni gigit2 tarik rambut orang pulak tu. gigit2 tarik rambut orang lain tak pela ni aku jugak yang kene. perit tau x. nasib baik aku tak mengalami kebotakan di usia yang muda. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti bila menangis diri menjadi begitu agresif. nangis sambil badan stataik je tak boleh? dalam tv orang nangis macam tu tau tak.

3) I hate when we are like twins
wey adik! kenapa la mak mesti nak buat baju raya kita dari color,corak,material,design yang sama? just lain saiz je. kalau macam ni baik beli mesin fotostat baju. plih saiz je.lagi senang.tapi kalau masa kecik2 dulu aku tak kisah sangat la kan tak pernah terfikir pun. ni da tua2 ni. masih lagi samaaa. corak sama tapi lain kale. hmm ok la ade improvement sikit. taniah.

4) I hate when I had to share my room with you
wey adik! kenapa kita selalu kena share bilik ha? kn ade bilik lagi 1? ke mak nk jimat bil api nanti guna 1 bilik je? dah kena duduk ngan ko. dulu masa kecik da la ko kuat ngingau. cakap2 je tak pe jugak boleh la jadi kan hiburan. ni sampai mimpi bangun berjalan lagi. nasib baik ko tak pergi keluar pergi siram pokok bunga pulak kan. ko ni. lain kali basuh la kaki tu. kalau tak jalan jugak cuci dengan clorox. asik ngingau je. kadang2 naik seram jugak aku ko borak2 mata pejam. najes betul la.

5) I hate when you make me pampered
wey adik! ko ingat tak dulu kita selalu main tulis2 kat belakang lepas tu teka huruf apa. haha along suka gila game tu. sebab along suka ko main2 belakang along. rasa macam kena urut je haha. best2. lepas tu confirm aku tertidur punya. haa lagi 1 along suka ko korek kan telinga along. nyaman2. memang asyik gila la. ishh cepat la abis SPM ko janji nak buat spa kat rumah. 

6) I hate when you are taller than me
wey adik! kenapa la ko tinggi dari along? aib je kakak rendah dari adik tau tak. rasa macam produk gagal je. ko tu cukup2 la membesarnya. along ni da tak boleh tinggi lagi dah. da exceed limit consider la sikit. jangan minum susu dah k? 

7) I hate when we are fighting
wey adik! ha tau tak kenapa aku tak suka? haa tak tau kn. mana tak nya bila gaduh je asik aku je yang kalah. kalau tak kalah sebab mak salah kan aku , kalah sebab ko tendang kuat sangat. sakit tau tak. tau la ada kaki emas slow la sikit tendang tu. da ko yang tendang ko pulak yang menjerit mengangis lebih2 kan? ke sakit sangant lepas dapat sepakan sudut dari along? haha yess!

8) I hate the way I treat you
wey adik! err along tau along layan ko dengan buruk sekali kalah tentera kat korea utara. tapi bukan selalu kan? kalau gaduh pun kita still tidur sama2 peluk2 kan? hee sorry ya adik. maybe iam fail to be a good sister. but im still try to be da best. eh tak terlambat lagi kan?

9) I hate when I can't hate you
wey adik! macam mane ko buat pun macam mane teruk kita gaduh pun last2 tidur sekatil jugak. memang tak boleh kot nak benci ko ni.  kire ko ibarat kotoran degil la sampai sabun breeze pun tak dapat hilang kan walaupun dengan 10 cucian nyah. oleh itu segera la habis kan SPM mu dengan cemerlang dan terbilang seperti ddr supaya boleh pulang ke rumah dengan girang dan mengorek telinga ku dengan rela hati.

rasa2 nya kenapa aku tulis 9 je bukan 10? ko tau tak nape dik? haa ni sempena SPM ko la berkat nak bagi ko dapat 9A's. terharu tak? ha pegi beli secret recipe tuk along cepat. 

cewah padahal tulis 9 je sebab tak de idea .haha

I  love my sister AtiQah :D




atiQ aku nak tag hang ni tau. ko nampak tak ni?

4 technicians in charge:

K.I.N.A on November 24, 2010 at 9:50 AM said...

hehe..sweet sister la u fazira..^_^..
i hate my sis too..haha..:P

hee..kina tak jumpa banner contest..do let me know kalau da letak ye..^_^..
goodluck ok..

Fazira on November 25, 2010 at 11:32 PM said...

eh sorry kina tak perasan pulak kene letak banner..hehehe ok saye letak skrg! :D

missAtiey on December 3, 2010 at 12:57 AM said...

wish u luck dear!

Fazira on December 7, 2010 at 3:33 PM said...

thanks missAtiey! hehehe

CLICK IT!

 

Fazira Kadir Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei