Friday, November 26, 2010

swing my cradle crazily

engineer on site : Fazira at Friday, November 26, 2010
Reaction: 
0 technicians in charge
Assalamualaikum,

hi, hello, apa khabar. saya ingin meluahkan perasaan di sini. Oh!! saya sudah tidak sanggup ke kelas Windows7 itu lagi. ianya sangat bosan dan tiada yang bosan selain dari nya. adui tiap-hari bangun pagi mesti menyesal kenapa la da pagi. sekejap nya aku tidur. dah kena pergi kelas pulak jumpe encik iim rustandi yang comel. walaupun anda comel dan tidak kelakar saya tetap berasa mengantuk di kelas anda. eh nak tengok encik iim tak? kacak wey. suwit gila muka dia. just like candy! nyum2! jom jumpa encik iim

satu saat dalam kelas tu rasa macam seminit . bayangkan macam mana 'cepat' nya masa berlalu. esok genap la sebulan seminggu aku attend kelas dia.hooray! boleh tulis dalam diari. kadang2 bila bosan dalam kelas rasa macam nak panggil doremon je dari laci meja computer tu. aku nak mintak doremon pintu sesuka hati. aku nak escape jap dari kelas tu. pergi main buaian jap ke. main buaian hayun laju2. haa kan best. 

jom aku nak masuk pintu sesuka hati ni. siapa nak join? beli tiket 2 alam cepat (tolong ddr promote cite dia).




























ok nak pusing 360degree da tu.
nak balik belajar Windows7 pulak!
bye bye :D


Wednesday, November 24, 2010

CONTEST KESAYANGANKU

engineer on site : Fazira at Wednesday, November 24, 2010
Reaction: 
4 technicians in charge
assalamualaikum

ni nak cakap pasal cik mimi sebab ada tag aku kat post dia pasal kesayangan. eh bukan aku jadi kesayangan dia. dia tag aku masuk contest kesayanganku blog Journey of Bride-2-Be to 11.11.11 yang buat. hmm lama gak aku bertapa fikir nak tulis pasal apa. yelakan banyak sangat yang aku sayang dalam dunia ni families, friends, boyfriends eh boyfriend je without 's' (ha kca jangan delete i dari Fb u pulak. gurau je ni hehe) ape lagi yang aku sayang ek. aku sayang kucing mak ngah, mak orang, laki orang arghh banyak sangat la. 
nak tulis pasal apa ni. (-___-!!)

tapi sekarang aku tengah teringat kat seseorang. hari ni dia first day SPM. eh x x  aku bukan cakap pasal anak andi lala adik sheila OIAM la. ni pasal adk aku. eh tapi aku sayang dia tak? hmm ada 1 je kan mesti la sayang. aku nak tulis  10 things i hate about you NUBDATUL ATIQAH BINTI ABD KADIR. wah saiko gitu. da bebel panjang baru la nak tulis benda yang related dengan tajuk. apa da busuk punya orang. eh jap tapi contest ni pasal Kesayangan kan. tak pe ke? eh tanya korang bukan korang boleh bagi jawapan sekarang pun kan. tak pela aku balun jela.(harap2 adik aku tak baca la post aku ni.eh die nak baca camne bukak blog aku pun tak pernah.dia buta IT sikit. selamat kot aku tulis pasal dia. dia tak tendang aku kot. bismillah...)

9 things I hate about you

1) I hate the way you come to my family
wey adik! ko ingat tak masa ko lahir dulu? mesti ko tak ingat kan. kalo ko ingat along nak lari dulu.bukan manusia la ko lahir2 da ada memory. masa tu along da 5 tahun kot. 5 tahun aku di tatang bagai minyak yang tertumpah2 tiba2 ko pulak lahir. mak kata nak ada anak tunggal ja. tiba2 ter'eksiden' dapat la ko. da along tak boleh manja2 dah.sejak ko lahir abah da tak dukung along da mak pun da suh along masak lauk makan tengah hari sendiri.haha ok ok aku tipu.yang pasti semua sibuk nak layan ko dukung ko basuh berak ko. semua rebut2 nak buat.tak paham.

2) I hate when you cry
wey adik! ko ingat tak dulu ko nangis dasat gila. bergegar satu kuala kangsar. nangis saja tak pela normal ni gigit2 tarik rambut orang pulak tu. gigit2 tarik rambut orang lain tak pela ni aku jugak yang kene. perit tau x. nasib baik aku tak mengalami kebotakan di usia yang muda. tapi sampai sekarang tak faham kenapa mesti bila menangis diri menjadi begitu agresif. nangis sambil badan stataik je tak boleh? dalam tv orang nangis macam tu tau tak.

3) I hate when we are like twins
wey adik! kenapa la mak mesti nak buat baju raya kita dari color,corak,material,design yang sama? just lain saiz je. kalau macam ni baik beli mesin fotostat baju. plih saiz je.lagi senang.tapi kalau masa kecik2 dulu aku tak kisah sangat la kan tak pernah terfikir pun. ni da tua2 ni. masih lagi samaaa. corak sama tapi lain kale. hmm ok la ade improvement sikit. taniah.

4) I hate when I had to share my room with you
wey adik! kenapa kita selalu kena share bilik ha? kn ade bilik lagi 1? ke mak nk jimat bil api nanti guna 1 bilik je? dah kena duduk ngan ko. dulu masa kecik da la ko kuat ngingau. cakap2 je tak pe jugak boleh la jadi kan hiburan. ni sampai mimpi bangun berjalan lagi. nasib baik ko tak pergi keluar pergi siram pokok bunga pulak kan. ko ni. lain kali basuh la kaki tu. kalau tak jalan jugak cuci dengan clorox. asik ngingau je. kadang2 naik seram jugak aku ko borak2 mata pejam. najes betul la.

5) I hate when you make me pampered
wey adik! ko ingat tak dulu kita selalu main tulis2 kat belakang lepas tu teka huruf apa. haha along suka gila game tu. sebab along suka ko main2 belakang along. rasa macam kena urut je haha. best2. lepas tu confirm aku tertidur punya. haa lagi 1 along suka ko korek kan telinga along. nyaman2. memang asyik gila la. ishh cepat la abis SPM ko janji nak buat spa kat rumah. 

6) I hate when you are taller than me
wey adik! kenapa la ko tinggi dari along? aib je kakak rendah dari adik tau tak. rasa macam produk gagal je. ko tu cukup2 la membesarnya. along ni da tak boleh tinggi lagi dah. da exceed limit consider la sikit. jangan minum susu dah k? 

7) I hate when we are fighting
wey adik! ha tau tak kenapa aku tak suka? haa tak tau kn. mana tak nya bila gaduh je asik aku je yang kalah. kalau tak kalah sebab mak salah kan aku , kalah sebab ko tendang kuat sangat. sakit tau tak. tau la ada kaki emas slow la sikit tendang tu. da ko yang tendang ko pulak yang menjerit mengangis lebih2 kan? ke sakit sangant lepas dapat sepakan sudut dari along? haha yess!

8) I hate the way I treat you
wey adik! err along tau along layan ko dengan buruk sekali kalah tentera kat korea utara. tapi bukan selalu kan? kalau gaduh pun kita still tidur sama2 peluk2 kan? hee sorry ya adik. maybe iam fail to be a good sister. but im still try to be da best. eh tak terlambat lagi kan?

9) I hate when I can't hate you
wey adik! macam mane ko buat pun macam mane teruk kita gaduh pun last2 tidur sekatil jugak. memang tak boleh kot nak benci ko ni.  kire ko ibarat kotoran degil la sampai sabun breeze pun tak dapat hilang kan walaupun dengan 10 cucian nyah. oleh itu segera la habis kan SPM mu dengan cemerlang dan terbilang seperti ddr supaya boleh pulang ke rumah dengan girang dan mengorek telinga ku dengan rela hati.

rasa2 nya kenapa aku tulis 9 je bukan 10? ko tau tak nape dik? haa ni sempena SPM ko la berkat nak bagi ko dapat 9A's. terharu tak? ha pegi beli secret recipe tuk along cepat. 

cewah padahal tulis 9 je sebab tak de idea .haha

I  love my sister AtiQah :D




atiQ aku nak tag hang ni tau. ko nampak tak ni?

terima kasih ^__^

engineer on site : Fazira at Wednesday, November 24, 2010
Reaction: 
2 technicians in charge
assalamualaikum,

salam perkenalan ikhlas dari lubang hidung ku
haa macam mana cuti sem anda? best ke? hmm tak payah la merungut ni aku ni da kena datang fac balik da pun. haishh kenapa la aku pergi ambil 3p ni. 3p ni bukan singkatan perempuan penampar pusat. ha bukan-bukan. ni pasal Windows7 belajar la pasal Windows7 sampai lebam sebulan. haishh menyesal la da la tak paham dengan lecturer Indonesia. hmm xpela aku kena selalu tengok sinetron la macam ni. boleh la paham ape lecturer tu cakap. 

eh! nak cakap terima kasih sangat2 kat syamimi supian sebab ada featured aku dalam blog dia. waa sangat la happy dan terharu dan sangat malu. haha lawak kot tengok muka sendiri kat blog orang. aduhai. segan-segan. tapi rasa nya tak layak pun cik mimi nak kata blogger stylo milo tabur ais ni. da la aku suka stalk semua yang yang cik mimi list kan tu. semua mantop2 kot. ngee suka gila tengok diorang dari first post sampai da oldest post aku tengok 20 kali. tak tau la kenapa tak pernah jemu. cun sangat kot diorang ni. baju pun lawa2 stylo pulak tu aku nak tiru pakai macam diorang tak berani la pulak. tiru sikit-sikit boleh la. haha suke beno cilok idea orang. 

haishh panjang pulak membebel. btw nak cakap terima kasih sangat2 kat cik mimi sebab masuk kan sekali dalam list dia. wieeee suka gila sampai tahun depan. hari2 mimpi indah sejak cik mimi post pasal saya( nampak sangat ke nak bodek?)hehe :D

ni link dia. sila click segan.

pee ass: thank you cik mimi!! you make month !! :D



Wednesday, November 3, 2010

i miss my childhood

engineer on site : Fazira at Wednesday, November 03, 2010
Reaction: 
20 technicians in charge
assalamualaikum,

erk busy gila dengan exam. aku da 98% hampir nk sakit jiwe ni sebab exam .taniah untuk semua lecturers dan rakan-rakan yang membantu menaikkan percent tersebut dengan mendada mendadaknya. 

25th oct 
mula2 paper Satellite, cis demmit keluar benda yang aku tak expect. kenapa la exam selalu keluar benda yang aku tak baca? sua sue kemoning betul la. tak pela redha je. kite focus untuk RF plak ye. sabar fazira sabar.

29th oct
ok kini tiba lah masa nya untuk menjawab paper killer 'sang radio frequency design'. tengok la nama pun da design. saiko betul la. ni lagi satu paper menyakitkan hati. tah la rasa cam tak puas hati je. rasa cam tak perform sangat pun ade. ah nyampah. gud bye la RF aku nak clash ngan ko! petang ni jugak aku nak balik rumah!

30th oct
mengambil keputusan yang mendadak untuk mengikuti kakak saudara ku (lagi pun dia yang belanja. waa riak nya aku dose tau! ) ke genting highland 'kota keriangan'. aku pergi dengan kak intan dengan family dia dengan mak aku sekali. memang kami riang la kat sana  yela kat 'kota keriangan' kot (haa amik. aku enjoy dengan mak lagi best dari jawab RF. padan muke ko RF!!) tapi yang lagi best aku pergi sana tak main pape pun. di ulang suara tak main pape pun. eh jap main satu je buaian hayun2. tu pun sebab kene paksa. nape tak nak main? sebab mak aku pun tak nak main sama. aku mogok la konon. best jugak g genting jalan2 tengok orang , tengok 'badut', tengok badut dan tengok badut. memang best gila la. elok pulak time tu main game token menang banyak kali. sampai 4 ekor patung beso kot bawak balik. penuh kat stroller baby gantung2. tak sangka senang nak menang rupanya main game kat sane. lepas ni nak cuba main casino game tu lagi la kot2 la ong lagi menang percutian pulak. tapi yang malang nya hari tu pulak la nak hujan da la batri camera kong (baru tangkap satu keping je kot!! -___-). mau tak sumpah seranah aku ngan mak aku tahan sejuk. sampai rebut2 sweater kot. da macam dalam peti ais kat kedai runcit uncle Hong da. pape pon aku dengan mak aku pergi sana membawa satu rahsia. haha sebab kitorang pergi sana tak bagi tau adik aku. yela kan die kat hostel nak spm plak tu kang sebuk plak nak ikot. tapi kalo die tau ni mau mroyan babun ni haha. nasib la dik ko tak dapat ikot.

31th oct 
plan nak balik shah alam menjadi kenyataan. dem. kene balik study MGT yang memboringkan itu. tapi before start study kene buat bende lagho dulu. haha apo laie jang jom gi nangkap gambo laieee!! yahuuu.


 pose ala-ala drakula nak tumbuh gigi taring.
 kasut yang da lama berbakti. terima kasih teruskan berkhidmat untuk beta.
 biasa la kan ade la satu dua aksi babun.
 nampak tak bulu keti? ha cari2.
 dalam beg bear-bear tu ade ayam masak lemak cili padi. mak bagi.sila jeles. sedap kot.
 bontot berat susah nak bangun.
 beg yang penuh baju busuk memang berat.
 ni peluru hidup.
 pokok yang mengalami masalah kebotakan.
 pkok tu memang memerlukan  syampu bawang.
 '' mak orang da sampai shah alam  ni ''



 haa gambar perasaan mesti ada. untuk memeriahkan majlis.



 aku ade gamba main gelungsur ha..korang ade???? (riak taksub lagi angkuh)

he loves me. he loves me not. you jump i jump.
 hebat tak kepala dengan bontot boleh terpisah. aku boleh buat. korang boleh? mesti tak boleh kn. aku da agak da.









eh ada orang ambil gambar kita la. kita tak perasan pulak tadi. hihi.
(pelempang perasan tak?)





nah las skali amek aksi tak senonoh.
BTW special thanks to MR.kca :D
kerana sudi melayan.



CLICK IT!

 

Fazira Kadir Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei