Thursday, March 18, 2010

Kisah 2

engineer on site : Fazira at Thursday, March 18, 2010
Reaction: 
1 technicians in charge




malam tu lepas mandi solat (jangan lupa jamak qasar okey. guna kan 'pangkat' musafir sebaik-baik nya) lepas isyak kami gerak pergi rumah nani sebab nak tengok majlis nikah kak halimah. memang meriah la kan lagi2 aku tak penah tengok orang nikah kat rumah selalu nya kat masjid. so, memang la sangat-sangat teruja. wuhuuu..lagi busy la kami bergambar kan hehe.
nani dengan wajah ayu nya.

aku dengan wajah pura-pura ayu. nyampah.

haa ni tukang cuci pinggan .
HAHAHAHA

lepas tu main kawin-kawin pulak . siapa yang tak biasa tengok gambar-gambar gedik sila scroll laju-laju 900km/hr. (sampai berapi mouse okey)

ama bila kau makan KFC ? huh!
bau tangan jadi bukti yang tak dapat dilupuskan.

ama apa kau buat? hahaha
fail belakon sebagai mak. next.

cis gatal betul muka pengantin ni. mak dia pun sama naik.

okey tular background la pulak.

okey lebih selesa.

ifa : ''pegang tangan macam ni best!''
ama : ''pengang la lama-lama lagi.peace. ''

pomis nani u tak kan tinggal kan i? (sambil tersenyum agak manis. manis ke? lempang kang)

malu bila gelagat gatal nya di rakam.
nani pulak buat muka macho. tak malu sangat. dah biasa mungkin.

muka menggeletas
aku nak buat muka sexy jadi muka janda anak 5. okey .


haa mana pengantin nya? 
asik gambar tetamu je !. rilek-rilek ada gambar kak halimah . save the last for the best . eh ke save the best for the last? ah suka ati la mana-mana pun janji tak menyusahkan pak hamid ayah kasim . okey cukup .

Tuesday, March 16, 2010

Kisah 1

engineer on site : Fazira at Tuesday, March 16, 2010
Reaction: 
3 technicians in charge
12 march 2010.Trip pertama : aku Ama , Ifa , TERPAKSA ponteng kelas hari Jumaat sebab nak pergi Mersing,Johor. bukan kami merancang nak ponteng (sebab sumpah kami memang suka pergi kelas) tapi sebab sahabat azrin dah terbeli tiket awal. so, tiket da beli nak tak nak kena la ponteng sebab tak nak bazir kan duit tiket chewah.(tipu besar padahal sebulan sebelum pergi lagi dah rancang nak ponteng kelas haha). bas kami pukul 9 DAN PERLU NAIK DI PUDURAYA. so, kami bangun pukul 4 ehh bukan pukul 5lebih sebab azrin merangkap 'jam loceng kami' terlambat bangun. kami bertolak dari rumah pukul 7 then sampai KTM shah alam 7.3 (TERIMA KASIH KEPADA SKIP SEBAB SUDI HANTAR KAMI ;) ) lepas tu tidur jap dalam KTM sampai bank negara lari lari lari dan lari naik putra finally sampai la puduraya. lega gila sebab ade masa lagi setengah jam so boleh la amek gambar siket. eh bukan boleh la makan sikit , alas perut.
geng ponteng kelas


lepas kenyang kan perut kami pun naik bas pilihan rakyat Malaysia bas transnasional. bila dah duduk kami pun camwhore lagi.hehe.
bila bas dah gerak mata pun mula berat.....



di tengah jalan perut tiba-tiba lapar.selongkar2 beg plastik tadi aku jumpa makanan.jum makan jap.yah yah.
 
tu dia makan penuh perasaan.
jom tidur balik jauh lagi ni.


masa tengah tidur tiba-tiba je rasa badan goyang-goyang kiri kanan.cis jalan bengkang bengkok dan aku terjaga? huh gila loya tekak cam orang pregnant nak termuntah semua ada.ama kata dekat bukit putus. maka aku dengan lantas meminjam paha ama untuk tidur.terasa lebih selesa dan aku lena kembali.dalam pukul 12 bas berhenti kat 1 kedai makan ni.tepi jalan je macam kat dalam kampung (tak da RNR okey sebab tak ikut highway huh! :(( patut la penin jalan). kedai tu nampak macam low profile TAPI harga makanan gila gempak kalah cafe 5 kat fak elektrik tau! atas dasar marah dan sakit hati maka kami pun mengambil gambar lagi (hehehe).
muka takpuas hati dengan makcik kedai (sambil tengah fikir-fikir kalau nak report kat persatuan pengguna).okey sambung. setengah jam kat kedai makcik sombong+kecik darah+kedekut taik hidung masin kami pun blah dari situ. dan aku sambung tidur lagi (ape? nyampah?suka hati aku la nak tidur) ama ngan ifa pulak tak tidur2 sibuk tengok pemandangan. ape yang cantik tah la aku tengok ladang kelapa sawit je. maybe diorang terhibur kot tengok ladang. dalam pukul 2 suku kami pun sampai mersing.yeay!! akhirnya aku boleh keluar dari bas! (lepas bontot dah kebas cam apa tah). bila dah sampai nani pun datang dengan kak dah. kak dah tu memang lawak gila cam nani la kan. baka lawak kot. then kak dah bawa kami pusing2 mersing (kak dah ngan nani memang berbakat la jadi pemandu pelancong hehe :D ) .kat rumah nani kami tolong buat bunga telur (okey bungkus kan telur je sebenarnya). lepas tu ape lagi melaram tangkap gambar kat bilik pengantin. bila dah penat tekan2 kamera nani pun bawa kami pergi tengok chalet. (tepi laut woo. sila jeles)
hantaran dari pihak perempuan

nak bergambar juga.amek mood nak kawin..haha(gatal siut pompuan ni)
ifa kau terpotong la :(

nah aku tebus dengan gambar ni. :)

ratu rempit mersing.hahaha
 syndrom bontot besar? HAHAHA uncurerable.

cuba teka siapa naik motor kat belakang tu?
ya ratu rempit tadi tewas di tangan ifa yang memandu kancil. lihat la tahap ketewasan
(sila rujuk pada jarak kami)
haaa...nak tengok chalet kami tak..
jeng jeng jeng...


 haa.. comel kan?
haha . siap ade nama lagi tuk chalet ni . nama dia MAHSURI. takut tak? takut kan? baru dengar nama dah meremang segala bulu ,belum dengar cerita di sebalik nama ni lagi . seram wo. eyp ! tapi bukan cerita pasal benda-benda ghaib okey. ish ish tau nak yang mistik-mistik je. nani yang sewa kan untuk kita orang (baik kan nani? kepada nani sila belanja lagi okey) . masa kami kat sini nani tak cerita ape-ape pun tapi bila dah sampai shah alam baru la nani cerita . rupa-rupa nya chalet yang kami duduk tu pernah jadi persembunyian perompak (haa bukan tempat persembunyian artis dari peminat okey PEROMPAK diulang PERAMPUK). nasib baik la dah kena serbu dengan polis lepas tu semua perompak dah kena tangkap. tapi kan. risau juga .....mana la tau kot2 ade sorang lagi terlepas ke? kot2 dia menyorok dalam toilet? bawah katil? haishh macam-macam assumption boleh keluar ni. banyak idea kalah macam nak buat report. belum cerita tingkap rumah tu tak boleh tutup rapat lagi. tak tenang gila nak tidur (padahal berdengkur sampai pagi kalau kena tsunami pun tak sedar) . jum tengok kawasan depan pula . memang tenang gila ! :')

okey kita zoom lagi bagi korang tengok jeles siket . ehh jelas siket .

memang best la !! tak nak balik rasa nya. tak kisah la ade perompak ke apa ke. huaaa i heart kampung penyabung! (tu memang nama kampung nani okey bukan aku yang pandai2 kasi haha)

CLICK IT!

 

Fazira Kadir Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei